Sunday, December 29

PERIOD OH PERIOD..


Assalamualaikum wbt.
Aku ingin berkongsi sikit info pasal sakit puan hari ni..pasal period atau dalam bahasa melayunya,kitaran haid..sumber diambil dari pak cik Google..

-sumber Google-

Soal Jawab Kesihatan ini adalah persoalan lazim para wanita setipa kali tibanya period..Mungkin anda juga mengalaminya..

1. Apakah masih ada kesan bau jika saya memakai pad?

Tubuh wanita dan reaksi kulit berbeza-beza mengikut individu. Bauan mungkin terhasil ketika heavy period dan kadang-kala ada reaksi pada kulit sekitar perineum.

2. Kenapa saya rasa sakit setiap kali period?

Kesakitan ketika menses atau dysmenorrhoea terbahagi dua, iaitu primary dan secondary. Primary terjadi apabila kesakitan sejak akil baligh dan tiada kaitan dengan pathology. Secondary pula adalah fasa apabila period baru saja berlaku dan selalunya berkait rapat dengan kondisi gynaecological. Jika kejadian sakit period berlaku sejak azali, analgesics yang mengandungi anti-prostaglandins adalah penawar terbaik untuk melegakan anda.

3. Apakah normal bagi saya jika tidak period secara tiba-tiba?

Bagi wanita yang biasa period sejak akil baligh, ada pasangan seksual tetapi tidak period secara tiba-tiba, kemungkinan besar dia hamil. Selain itu, ada beberapa penyebab period berhenti rutinnya. Misalnya kerasa faktor stress, tekanan perasaan atau pertukaran aktiviti sehari-hari, senaman fizikal berlebihan, menyusu badan, bertambah berat badan dan obesiti, juga gangguan hormon oleh thyroid, pituitary dan lain-lain.

4. Saya period setiap bulan tapi sedikit dan pendek tempohnya, kenapa?

Ini terjadi kerana hormon tidak seimbang antara estrogen dan progesteron. Kitaran menstrual sepenuhnya bergantung kepada hormon wanita. Jika ada gangguan, mungkin ini bermakna wujud ketidakseimbangan pada hormon kamu.

5. Kalau period saya banyak dan lama pula?

Dapatkan nasihat atau rawatan dengan gynecologist kerana heavy period yang terlampau lama boleh menjadikan anda kehilangan darah dan anemia.

6. Apa pasangan saya perlu faham tentang perubahan saya menjelang period?

Lelaki haru sedar, pengeluaran hormon amat mempengaruhi wanita. Mereka boleh jadi tertekan emosi tidak menentu, berlaku water retention, selera meningkat dan hadirnya premenstrual syndrome (PMS) atau premenstrual tension (PMT).

7. Mengapa sesetengah wanita period dua kali semasa satu kitaran menstrual?

Lazimnya kitaran menstrual antara 21, 28 dan 42 hari (bersamaan tiga, empat ke enam minggu). Wanita aktif berhubungan intim mungkin berlaku komplikasi dalam awal mengandung kerana kemungkinan berlaku pendaraan vagina. Bagi wanita bujang pula, period dua kali dalam satu kitaran menstrual mungkin berlaku akibat perubahan gaya hidup.

8. Berapa banyak darah hilang pada setiap period?

Kehilangan darah pada period normal adalah sekitar 50ml hingga 80ml.

Aku selalu dengar orang kate period pain tu sebab kita selalu sangat minum minuman berais...betul ke?xatau lah sejauh mane kebenarannya..tapi aku pernah merasa..sakit sangat sebab sehari sebelum aku period aku sedap2 je minum milo ais ..adehhh...

No comments: