Showing posts with label sakit puan. Show all posts
Showing posts with label sakit puan. Show all posts

Sunday, December 29

PERIOD OH PERIOD..


Assalamualaikum wbt.
Aku ingin berkongsi sikit info pasal sakit puan hari ni..pasal period atau dalam bahasa melayunya,kitaran haid..sumber diambil dari pak cik Google..

-sumber Google-

Soal Jawab Kesihatan ini adalah persoalan lazim para wanita setipa kali tibanya period..Mungkin anda juga mengalaminya..

1. Apakah masih ada kesan bau jika saya memakai pad?

Tubuh wanita dan reaksi kulit berbeza-beza mengikut individu. Bauan mungkin terhasil ketika heavy period dan kadang-kala ada reaksi pada kulit sekitar perineum.

2. Kenapa saya rasa sakit setiap kali period?

Kesakitan ketika menses atau dysmenorrhoea terbahagi dua, iaitu primary dan secondary. Primary terjadi apabila kesakitan sejak akil baligh dan tiada kaitan dengan pathology. Secondary pula adalah fasa apabila period baru saja berlaku dan selalunya berkait rapat dengan kondisi gynaecological. Jika kejadian sakit period berlaku sejak azali, analgesics yang mengandungi anti-prostaglandins adalah penawar terbaik untuk melegakan anda.

3. Apakah normal bagi saya jika tidak period secara tiba-tiba?

Bagi wanita yang biasa period sejak akil baligh, ada pasangan seksual tetapi tidak period secara tiba-tiba, kemungkinan besar dia hamil. Selain itu, ada beberapa penyebab period berhenti rutinnya. Misalnya kerasa faktor stress, tekanan perasaan atau pertukaran aktiviti sehari-hari, senaman fizikal berlebihan, menyusu badan, bertambah berat badan dan obesiti, juga gangguan hormon oleh thyroid, pituitary dan lain-lain.

4. Saya period setiap bulan tapi sedikit dan pendek tempohnya, kenapa?

Ini terjadi kerana hormon tidak seimbang antara estrogen dan progesteron. Kitaran menstrual sepenuhnya bergantung kepada hormon wanita. Jika ada gangguan, mungkin ini bermakna wujud ketidakseimbangan pada hormon kamu.

5. Kalau period saya banyak dan lama pula?

Dapatkan nasihat atau rawatan dengan gynecologist kerana heavy period yang terlampau lama boleh menjadikan anda kehilangan darah dan anemia.

6. Apa pasangan saya perlu faham tentang perubahan saya menjelang period?

Lelaki haru sedar, pengeluaran hormon amat mempengaruhi wanita. Mereka boleh jadi tertekan emosi tidak menentu, berlaku water retention, selera meningkat dan hadirnya premenstrual syndrome (PMS) atau premenstrual tension (PMT).

7. Mengapa sesetengah wanita period dua kali semasa satu kitaran menstrual?

Lazimnya kitaran menstrual antara 21, 28 dan 42 hari (bersamaan tiga, empat ke enam minggu). Wanita aktif berhubungan intim mungkin berlaku komplikasi dalam awal mengandung kerana kemungkinan berlaku pendaraan vagina. Bagi wanita bujang pula, period dua kali dalam satu kitaran menstrual mungkin berlaku akibat perubahan gaya hidup.

8. Berapa banyak darah hilang pada setiap period?

Kehilangan darah pada period normal adalah sekitar 50ml hingga 80ml.

Aku selalu dengar orang kate period pain tu sebab kita selalu sangat minum minuman berais...betul ke?xatau lah sejauh mane kebenarannya..tapi aku pernah merasa..sakit sangat sebab sehari sebelum aku period aku sedap2 je minum milo ais ..adehhh...

Saturday, December 28

KENALI KEHAMILAN KOSONG..(BLIGHTED OVUM)

Assalamualaikum wbt.

Di sini aku cuba kongsikan ngan korang tentang apa yang aku tonton kat Wanita Hari Ini..
Entry yang bakal aku sajikan hari ni khas untuk wanita yang sudah berkahwin,bakal bekahwin dan belum berkahwin..pengetahuan ni penting untuk korang2 sume..sebab kehamilan kosong banyak terjadi..hasil kajian menunjukkan 50% daripada kehamilan akan terjadinya kehamilan kosong..korang tak takut ke?Aku buat entry ni sebab aku rase benda2 macam ni penting kepada seorang wanita..


-Google-


Pengertian Kehamilan Kosong

Blighted Ovum (BO) – Kehamilan Kosong adalah gejala dimana rahim/kandungan ibu membesar seperti orang hamil walaupun di dalam rahim tersebut tidak terdapat janin sama sekali.
Sama dengan gejala kehamilan pada umumnya,ketika wanita melakukan ujian kehamilan terdapat juga tanda2 kehamilan seperti yang dialami ibu hamil seperti rasa mual, muntah, pening, lelah yang berlebihan dan perubahan pada payudara.

Pada kehamilan kosong / Blighted Ovum plasenta dan kantung rahim tetap berkembang seperti halnya perkembangan kehamilan pada kebiasaannya. Permasalahannya adalah tidak ada perkembangan janin sama sekali di dalamnya. Inilah mengapa ketika wanita melakukan ujian kehamilan menggunakan testpack maka tetap didapat hasil positif karena pada urin terdapat hormon HCG yang merupakan tanda kehamilan.
Kehamilan kosong / blighted ovum ini terjadi kerana sel telur yang telah dibuahi pada masa subur tidak berkembang sempurna. Inilah mengapa ketika kantung rahim membesar seperti kehamilan pada kebiasaanya tetapi janin sama sekali tidak berkembang.

Bila Kehamilan Kosong ini boleh dikesan ?

Blighted Ovum (BO) / kehamilan kosong ini rata-rata baru diketahui setelah lebih dari satu setengah bulan melalui pemeriksaan USG. Pada pemeriksaan Ultrasonografio (USG) ini akan nampak perbesaran kantung rahim namun tidak ada perkembangan janin yang mengikuti pembesaran kantung rahim tersebut.
Biasanya Blighted Ovum (BO) / kehamilan kosong ini terjadi di kehamilan yang sangat awal, pada umumnya pesakit datang berjumpa doktor kerana ingin mengadu tentang pendarahan di usia kehamilan kurang lebih 6-8 minggu. Maka dari itu adalah hal yang wajar bila ibu mengira kehamilannya itu adalah hal yang normal kerana segala tanda-tanda kehamilan memang terjadi pada ibu. Hal inidiburukkan lagi dengan kemampuan USG transvaginal yang efektif untuk kehamilan diatas 6 minggu dan kemampuan USG biasa yang efektif mengesankehamilan diatas 7 minggu.

Untuk itu biasanya doktor melakukan USG diawal kehamilan untuk memastikanapakah ibu mengalami kehamilan kosong atau tidak. Dengan USG biasanyadoktor akan melihat perkembangan janin apakah telah mencapai 20mm ataubelum. Bila janin tidak dapat dilihat atau ukurannya lebih kecil dari 20mm makadoktor akan memastikan ibu mengalami gejala kehamilan kosong dan biasanyapada pemeriksaan selanjutnya doktor akan mengukur lagi perkembangan janin.

Penyebab kehamilan kosong..

Hingga saat ini, penyebab terjadinya kehamilan kosong masih belum diketahui.Tapi berdasarkan hasil kajian kehamilan kosong ada hubungannya dengankelainan kromosom pada janin. Pada sesuatu keadaan boleh terjadi komplikasipada ibu hamil dengan kehamilan kosong kerana tubuh ibu berusaha untukmengeluarkan hasil persenyawaan yang tidak normal ini namun ada hormon lainyang mencegahnya.

Apakah kehamilan kosong berkaitan dengan kesuburan?

Walaupun kehamilan kosong ini berlaku kerana adanya kerosakan kromosompada sel telur atau sel sperma, blighted ovum ini tidak berkaitan langsung dengangangguan kesuburan, sebab boleh jadi kehamilan seterusnya mampu berjalannormal. Tapi bila kehamilan kosong kembali berulang, maka kemungkinan besarterdapat kelainan kromosom terdapat pada salah satu dari suami atau isteri.