Showing posts with label sayangi diri. Show all posts
Showing posts with label sayangi diri. Show all posts

Thursday, January 9

ALFALFA RAJA TUMBUHAN

Assalamualaikum wbt.

Dulu aku tak tahu menahu pun pasal tumbuhan yang dinamakan Alfalfa ni..Sejak dikenalkan dengan Shaklee ni baru aku tahu..ngehngehngeh.. Tumbuhan ni dikatakan raja segala tumbuhan oleh kerana manfaatnya yang boleh dikatakan terbaik.. Meh sini aku share ngan korang pulak pasal Alfalfa Shaklee ni..



✿Mineral yang ditemui dalam Alfalfa

✔Kalsium : Membina dan mengekalkan tulang dan gigi; membantu darah membeku, membantu dalam kecergasan dan daya tahan; mengawal rentak jantung, melegakan saraf.
✔Zat Besi : Diperlukan dalam pembinaan hemoglobin; membantu pengangkutan oksigen di dalam darah.
✔Kalium : Perlu bagi saraf otot, tindakan jantung dan tindak balas enzim; juga untuk digests lemak.
✔Fosforus : Diperlukan untuk tulang yang normal dan struktur gigi. Saling berkait dengan tindakan kalsium dan Vitamin D. Meningkatkan peranan tisu saraf.
✔Klorin (klorida) : Elektrolit penting yang membersihkan dan menyucikan badan; mengawal metabolisme lemak, gula dan kanji.
✔Sodium : Mengawal keseimbangan cecair di seluruh badan, meneutralkan asid, menghalang pembekuan darah, mengaktifkan limpa, usus dan fungsi perut.
✔Silikon Magnesium : Membantu badan untuk menangani sembelit; ketahanan saraf; melindungi kulit dan badan, dan merangsang fungsi otak.
✿Sumber Zat Makanan Semulajadi & Klorofil

Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrien. Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementeara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi. Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi.

Ia juga merupakan sumber semulajadi & pilnya boleh dihancurkan & dicampur ke dalam air
sebagai minuman herba semulajadi.

Alfalfa Shaklee mengandungi Medicago sativa .Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.
Sumber : Website Shaklee Malaysia

Alfalfa juga dikenali sebagai RAJA SEGALA TUMBUHAN kerana Medicago sativa memiliki gred yg paling tinggi dikalangan tumbuhan alfalfa.

✿Manfaat utama Shaklee Alfafa Complex

Alfafa membekalkan nutrisi yang mana kebanyakannya tidak terdapat dalam buah buahan mahupun sayuran. Kaya denganProtin,asid amino,klorofil ,serat,15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim & fitokimia. 10bj alfafa menyediakan nutrisi yg menyamai segelas cawan.

✔Merawat gangguan pencernaan
✔Mengawal kolestrol dalam darah
✔Menghapuskan kolestrol buruk 'LDL' dari tubuh
✔Mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok
✔Bagus untuk pesakit diabetes kerana mengurangkan paras gula dalam darah
✔Mencegah edema - Pengumpulan air dalam badan
✔Mengurangkan simptom menopous
✔Merawat asthma dan lain-lain masalah pernafasan
✔Merawat masalah sembelit
✔Menyahkan toksik dalam tubuh
✔Mengurangkan kesakitan otot dan sendi
✔Meningkatkan sistem pertahanan tubuh
✔Membantu masalah penghadaman
✔Membantu memperbanyakkan susu ibu
✔Mengurangkan masalah pundi kencing
✔Mengurangkan masalah gastrik dan gangguan hati
✔Meningkatkan kesihatan prostat
✔Bertindak seperti kacip fatimah kepada wanita
✔Menghangatkan hubungan suami isteri
✔Membantu tingkatkan kesihatan lelaki

Haa..banyak kan kebaikkannya.. Nak sihat? Contact no dibawah lelaju! :) Bulan ni bulan promo Alfalfa.. Apa lagi..meh la grab promo ni cecepat...Pasti yang terbaik dari ladang !

Call/Sms/Whatsapp : 0127490644
Fb : Qila Adol
Email : babyqila91@gmail.com

Monday, December 30

GARAM DAN DARAH TINGGI

Assalamualaikum wbt.

Rentetan dari entri ini, aku jadi tertanya tanya pulak. Yelah.. Selama ni aku hanya tau kalau makan masin2 nanti senang kena darah tinggi dan penyakit lain. Tapi tak pernah tau kenapa.. Tadi aku cuba search google pasal ni..Sini aku kongsikan apa yg aku baca tadi..

Pengambilan garam berlebihan telah dikaitkan dengan pelbagai risiko kesihatan, seperti tekanan darah tinggi, penyakit jantung, dan stroke. Namun seringkali kadar garam tinggi tidak disedari dalam beberapa makanan.

Penggunaan garam yang disyorkan untuk orang dewasa adalah 2,400 mg sehari, dan bagi orang yang berisiko tinggi angka ini menjadi semakin kecil iaitu 1,500 mg sehari. Bayangkan jika setiap makanan yang anda makan mengandungi kira-kira 300 mg garam, mungkinkah anda melebihi had yang disyorkan?

Agar tidak terpengaruh dengan makanan berkadar garam tinggi, ada baiknya kita berjaga-jaga beberapa jenis makanan berikut.

Roti : Roti memang tidak terasa masin, tetapi ternyata mempunyai kadar sodium (natrium) yang tinggi . Roti gandum penuh adalah jenis roti yang paling baik kerana mengandungi kadar garam yang rendah.

Makanan beku : Daging diproses seperti sosej dan nugget mempunyai kadar garam yang tinggi. Jumlah sodium pada jenis makanan ini didapati sangat berbeza. Di antaranya dapat mencapai 500 mg satu sajian.

Dressing pada salad : Salad yang mengandungi sayur-sayuran sememangnya sihat , namun ketika disajikan dengan dressing, kadar sodium dalam makanan ini meningkat. Satu sudu dressing boleh mengandungi 214 mg sodium .

Cereal/Bijirin : Jenis bijirin tertentu seperti corn flake mempunyai kandungan sodium sekitar 300 mg per mangkuk kecil. Padahal ketika makan bijirin, orang seringkali tidak hanya memakan satu mangkuk kecil saja.

Kacang dalam tin : Satu mangkuk kecil kacang dalam tin mengandungi sekitar 1,008 mg sodium yang hampir mencukupi setengah dari batas harian sodium yang disyorkan.

Sos spageti : Rata-rata sos spageti segera boleh mengandungi 1,000 mg sodium . Maka pastikanlah ketika memasak pasta, sebaiknya anda mengolah sendiri sos spageti kerana akan mengurangkan kandungan sodiumnya.

Minuman berkarbonat rendah kalori : Minuman ini memang lebih rendah kalori berbanding dengan minuman berkarbonat biasa, namun kandungan sodiumnya lebih tinggi . Terdapat 28 mg sodium di dalam 350 ml minuman berkarbonat rendah kalori, sedangkan untuk minuman soda biasa hanya 15 mg .

Sup dalam tin : Satu tin sup boleh mengandungi 1,106 mg sodium. Apabila anda perlu memilih sup dalam tin , maka pilihlah yang dilabel rendah sodium.

Kita pun boleh tahu jika badan kita ni terdapat garam berlebihan.. Tanda-tanda badan kita lebih garam ialah :-
Mudah Haus
Ketika terlalu banyak garam dalam tubuh, maka tubuh memerlukan air untuk mencairkan kandungan garam dalam darah. Umumnya, sel-sel tubuh melepaskan simpanan air untuk mencairkan garam dari darah. Sel-sel memerlukan air untuk bekerja dan inilah yang menyebabkan anda merasa lebih mudah haus selepas makan garam.

Kembung
Kurangnya air dalam tubuh kerana garam berlebihan menyebabkan kembung. Garam dapat menahan air pada tubuh dan dapat menyebabkan kembung. Minum banyak air putih akan membantu mengeluarkan lebihan garam daripada badan.

Jarang Buang Air Kecil
Ginjal membantu mencairkan garam dengan memlambatkan pengeluaran air kencing dan pemuliharaan air. Anda mungkin merasa sensasi terbakar selepas buang air kecil. Hal ini kerana kekurangan air yang menyebabkan pembakaran pada saat buang air kecil.

Jika anda menghadapi tanda-tanda seperti di atas, sebaiknya anda mengurangkan pengambilan garam dan segera lakukan test darah untuk pengesahan. Minum banyak air 3 liter sehari dan kurangkan makanan masin. Mengambil sayuran segar dan buah-buahan lebih baik.


Tetapi..di zaman moden ini, kita boleh atasi masalah darah tinggi, sakit jantung dan diabetes yang disebabkan oleh pengambilan garam yang berlebihan dengan mengamalkan pengambilan supplement.. Supplement yang dimaksudkan ialah CoQ Health Plus Shaklee. Produk terhebat dari Shaklee.


✿Apakah CoQ Health Plus Shaklee?
CoQ Health Plus shaklee merupakan supplement yang mengandungi campuran 28 miligram (mg) (CoQ10), Vitamin E dan ekstract Teh Hijau yang di hasilkan oleh jenama Shaklee, syarikat supplement no 1 di dunia yang memperkenalkan konsep vitamin semulajadi 100%.

✿Coenzyme Q10 tu apa?
Coenzyme Q10 atau secara ringkasnya, CoQ10 adalah sejenih vitamin antioksida larut lemak yang terbentuk secara semulajadi di dalam setiap sel di dalam tubuh kita.

CoQ10 ini sangat sangat diperlukan untuk membolehkan sel-sel tubuh kita menghasilkan tenaga sendiri, agar sel-sel tubuh kita kekal berfungsi, di mana CoQ10 berperanan sebagai pencetus tenaga.Proses penghasilan tenaga ini berlaku beribu-ribu kali setiap saat.

CoQ10 ini ditemui lebih banyak di dalam organ-organ yang kuat berkerja, seperti jantung, hati, buah pinggang dan pankreas.Tubuh kita memerlukan 10mg CoQ10 sehari, bersamaan 0.33kg daging atau 0.61kg ayam sehari, memang mustahilkan…so dapatkan dari sebutir CoQ Health Plus Shaklee.

✿Peranan Utama CoQ Health Plus Shaklee
✔ Untuk memberi tenaga kepada Jantung, kekurangan coQ10 akan memberikan kesan kepada jantung dan sistem kardovaskular kerana jantung adalah otot yang paling banyak menggunakan tenaga.
✔ Sebagai anti-oksidan, coenzyme Q10 menghalang proses yang menyebabkan penyakit kardiovaskular, termasuk aterosklerosis (arteri tersumbat) dan mengurangkan kekerapan ”angina episode” .
✔ Doktor telah menggunakan coQ10 untuk merawat kanser payudara dan prostat serta kesihatan sokongan kepada pesakit yang menjalani proses kimoterapi.
✔ Meningkatkan pengeluaran insulin bagi pesakit kencing manis.
✔ Membantu masalah berkaitan dengan gusi (periodontal disease) seperti gingivitis.
✔ CoQ10 juga baik untuk kesihatan mental ie penyakit parkinson .
✔ CoQ10 juga amat dicadangkan dalam program pengurusan berat badan dan masalah fatique.
✔ Kesuburan lelaki, ia peningkatan jumlah sperma dan motalitas sperma.

Haa..banyak kan kebaikkannya.. Nak sihat? Contact no dibawah lelaju! :) Jumpa lagi di lain entry..

Call/Sms/Whatsapp : 0127490644
Fb : Qila Adol
Email : babyqila91@gmail.com

APA ITU MIGRAIN?


Assalamualaikum wbt.

Apa kabar semua?Adakah anda mengalami migrain hari ni?haa..kepada semua,ni entry khas untuk orang yang pernah atau sedang atau mencegah daripada menghidap penyakit migrain...


-Google-

Apa itu migrain?

Migrain adalah sakit kepala yang sangat menyakitkan,berdenyut2 dan berlangsung antara 4-72 jamsehingga seseorang itu tak mampu melakukan pekerjaan atau rutin hariannya.Namun mengikut kajian yang dibuat,migrain tidak mendatangkan kesan jangka panjang yang serius..

Apa Penyebab Migrain?

Menurut kajian,migrain boleh disebabkan oleh pelbagai faktor.Pada asasnya,apabila berlaku migrain,saluran darah akan mengembang menguncup ,menyebabkan kita merasa sakit kepala yang berdenyut2.
Faktor keturunan : Migrain juga boleh diwarisi daripada keturunan.Jika ibu mengalami migrain masa muda,anaknya juga boleh mengalami migrain..
Faktor hormon : Ketika datang haid atau mengamalkan pil perancang.
Faktor pemakanan : Makanan masam (jeruk, buahan sitrus), makanan berperisa/perasa/pengawet/pewarna tiruan (ajinomoto, maggi mee), makanan mempunyai xanthine (cokelat), makanan tenusu (keju, susu), minuman berkafein (kopi, nescafe, coca-cola), makanan yang unik untuk individu (pulut, mee kuning, durian, buah pala).

Apakah tanda2 Migrain?

Migrain biasanya menybabkan rasa sakit kepala berdenyut2(throbbing headache) pada sebelah kepala dan rasa loya.Namun ada juga sakit kepala di kedua2 belah kepala.Individu yang berlainan mempunyai tanda2 penyakit migrain yang berlainan..

Pergerakan cahaya,bunyi bising dan bau2an boleh memburukkan migrain.Kadang2 seseorang tu boleh merasakan aura,iaitu dapat melihat bintik2 atau bintang2 di depan matanya.Tangan bahu dan muka akan jadi kebas.Ianya berlaku 30 minit sebelum sakit kepala.

Bagaimana Migrain itu Dikesan?

Selalunya doktor cuba mencari kemungkinan2 lain sakit kepala seperti kerabunan mata,stress atau tidak cukup rehat.Namun begitu,doktor akan mengatakan ianya migrain jika:

Sakit kepala 5 kali atau lebih tanpa aura atau 2 kali dengan aura.
sakit kepala yang berlangsung 4-72 jam tanpa makan apa2 ubat.
Rasa loya atau mahu muntah,pancaran cahaya dan bunyi menyebabkan sakit kepala bertambah teruk.

Bagaimana ianya dirawat?

Migrain biasanya dirawat dengan ubat tahan sakit.Ianya boleh didapati di farmasi.Namun jika tidak berkesan,haruslah berjumpa doktor untuk rawatan lanjut.Migrain juga boleh dikurangkan dengan mengelakkan pengambilan cheese,coklat dan MSG.

Migrain juga boleh diatasi dengan mengamalkan supplement.. Supplement yang disarankan semestinya Shaklee..

Mari kita lihat supplemen yang disyorkan untuk mengatasi migrain:

Ostematrix (Kalsium, Magnesium & Vitamin D)

Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan degupan jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium amat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf, otot, serta buah pinggang kita.

Magnesium pula mustahak dalam mengekalkan metabolisma kalsium. Ia membantu mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu sebab migraine berlaku. Kajian menunjukkan Magnesium dapat membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan kekerapannya berlaku.

Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium tanpa vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh menjadi sisa / batu dalam ginjal atau pundi kencing.


B Complex

Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitan migrain. Vitamin B yang lengkap dalam B Complex Shaklee ini akan memastikan anda bukan saja kurang risiko diserang migrain, tapi juga penyakit-penyakit lain seperti depresi dan strok.

Bagi pesakit migrain, adalah dinasihatkan supaya cuba mengenali sebab-sebab migrain menyerang pada masa tertentu. Sekiranya ia berpunca dari pemakanan, maka ubahlah pemakanan, begitu juga dengan perkara-perkara lain seperti aktiviti dan gaya hidup.


Sila mempertimbangkan tentang mengambil vitamin/supplemen sebagai satu percubaan untuk mengurangkan migrain, kerana ia pasti lebih baik daripada ubat yang berasaskan dadah secara berterusan.

Jika berminat, jangan malu jangan segan..boleh contact no dibawah okay! Till then!

Call/Sms/Whatsapp : 0127490644
Fb : Qila Adol
Email : babyqila91@gmail.com

Sunday, December 29

KEPERLUAN KALSIUM DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

Assalamualaikum wbt.

Berapa ramai dari kita yang mementingkan pengambilan kalsium dalam kehidupan seharian mereka? Pastinya tak ramai yang tahu akan kepentingan kalsium kan? Sini aku kongsikan dengan korang ape kepentingan kalsium ni..

✿10 Kepentingan Kalsium:
Kalsium merupakan mineral yang penting bagi tulang, gusi dan gigi yang sihat. Doktor mungkin akan mencadangkan wanita untuk mengambil makanan tambahan kalsium apabila terdapat tanda-tanda awal masalah tulang seperti osteoporosis atau osteopenia.

Menguatkan Tulang 

Kalsium menguatkan tulang belakang dan memastikan bentuk yang betul kepada badan selain daripada mengurangkan risiko sakit belakang. Kalsium membantu menjadikan tulang berada dalam keadaan yang baik dan mencegah sakit tulang seperti artritis dan osteoporosis yang boleh menjejaskan pergerakan bebas selain dari menjadi amat menyakitkan. 

Mencegah Obesiti  

Kalsium dapat membantu dalam mengekalkan berat badan optimum bagi lelaki dan perempuan. Jika terdapat mana-mana kekurangan kalsium dalam diet anda, badan akan cenderung untuk melepaskan hormon paratiroid, yang seterusnya merangsang tulang untuk melepaskan kalsium ke dalam aliran darah anda untuk mengimbanginya. Dari segi lain, hormon paratiroid juga merangsang pengeluaran lemak dan mencegah pembuangannya, yang sekali lagi boleh membuat anda gemuk. Jadi pastikan anda mengambil jumlah kalsium yang betul, supaya obes tidak terjadi dengan bahaya kesihatan lain yang berkaitan.

Melindungi Otot Jantung

Kalsium melindungi otot jantung anda. Jumlah kalsium yang mencukupi membantu otot jantung untuk melakukan penguncupan dan pengembangan betul. Kalsium juga membantu sistem saraf untuk mengekalkan tekanan di dalam arteri anda. Jika terdapat penurunan kalsium, sejenis hormon yang dipanggil calcitrol dilepaskan yang bertindak dengan otot lembut arteri, dan dengan itu meningkatkan tekanan darah. Otot jantung memerlukan ion kalsium extracellular untuk penguncupan. Apabila kepekatan intrasellular kalsium meningkat, ion kalsium berkumpul bersama-sama dengan troponin protein yang merangsang cecair extracellular dan ruang intraselular, malah otot rangka, yang hanya diaktifkan oleh kalsium yang disimpan dalam reticulum sarcoplasmic.

Mengelakkan Kanser Kolon 

Kalsium yang mencukupi mengurangkan risiko keseluruhan kanser kolon dan mengelak pertumbuhan polip yang boleh membawa kepada kanser. Suplemen kalsium dapat mengurangkan risiko adenomas, juga dikenali sebagai tumor nonmalignant di dalam kolon. Ini sebenarnya adalah pelopor kepada kanser kolon, namun ia masih tidak diketahui jika pengambilan kalsium mengurangkan risiko kanser sepenuhnya. Kalsium berlebihan akan tinggal di dalam usus anda setelah badan anda menyerap apa yang diperlukan. Dalam perjalanan melalui kolon, kalsium yang tidak diserap ini dipercayai untuk mengikat sel-sel kanser supaya ia dikumuhkan bersama-sama dari badan. Kajian telah menunjukkan bahawa kedua-dua makanan sumber kalsium dan supplemen kalsium memberikan kesan perlindungan ini.

Mencegah Blues Pra-haid 

Jumlah kalsium yang mencukupi mengurangkan gejala-gejala sindrom prahaid pening kepala, perubahan mood, tekanan darah tinggi dan sebagainya. Tahap kalsium yang rendah mungkin mencetuskan pengeluaran hormon yang menyebabkan hilang mood termasuk cepat marah dan kemurungan.

Mencegah Batu Karang 

Batu karang sebenarnya deposit terhablur kalsium dan lain - lain mineral dalam saluran kencing manusia. Bentuk yang paling umum batu karang ialah batu-batu oxalate. Sebelum ini, ia dianggap bahawa pengambilan kalsium yang tinggi atau penyerapan kalsium tinggi membangunkan batu karang, tetapi kajian terkini menunjukkan bahawa pengambilan kalsium diet tinggi mengurangkan bahaya batu karang dengan baik. Secara ringkasnya, kalsium tidak menyebabkan batu karang, tetapi kalsium yang hadir berlebihan di dalam air yang mengakibatkan batu karang. Faktor-faktor lain seperti penggunaan oxalate tinggi daripada sayur-sayuran berdaun seperti kale dan bayam, kekurangan minum air boleh menjadi punca besar untuk batu karang.

Memastikan Tahap pH Alkali Yang Sihat 

Makanan ringan, gula yang berlebihan dan barangan di dalam tin menyumbang pembentukan asid dalam badan, yang boleh menimbulkan pelbagai penyakit seperti kanser, batu karang dan darah tinggi. Kalsium membantu untuk mengekalkan tahap pH yang sihat, seterusnya meningkatkan kecergasan dan kesihatan secara keseluruhan.

Kawalan Tekanan Darah

Beberapa penyelidikan mengisytiharkan bahawa diet vegetarian dengan jumlah yang tinggi dengan kalsium, magnesium dan kalium dan serat akan mengurangkan tekanan darah. Walaupun penyelidik lain membuat kesimpulan dengan pendapat yang berbeza dan berkata bahawa pengambilan kalsium menyebabkan darah tinggi. Kemudian ia melihat bahawa sebab bagi keputusan itu adalah kerana kajian-kajian ini menguji kesan nutrien tunggal dan bukannya sumber-sumber makanan yang mempunyai kandungan nutrien. Institut Kesihatan Negara menjalankan penyelidikan yang dikenali sebagai "Pendekatan Pemakanan Hentikan Tekanan Darah Tinggi ( DASH) ". Diet "tipikal American" berbanding dengan dua diet diubah yang kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran dan kombo "DASH" diet yang disumbat dengan buah-buahan, sayur-sayuran, dan kalsium. Hasil kajian menunjukkan peningkatan pengambilan kalsium menyebabkan tekanan darah menurun.

✿ Berapa mg kalsium sehari yg perlu di ambil?
✔ Bayi baru lahir sehingga berumur 5 bulan : 400 mg
✔ Bayi 6 bulan - 1 tahun : 600 mg
✔ Anak usia 1 - 10 tahun : 800 mg
✔ Remaja usia 11 - 24 tahun: 1.200 mg

✿ Sumber Kalsium
Susu Soya 
Susu soya dianggap mampu menggantikan susu haiwan . Kenyataan tersebut tidak salah , kerana jenis susu ini mempunyai kira-kira 300 mg kalsium dengan catatan tidak dicampur bahan lain . 

Brokoli
Sayuran ini terkenal sebagai raja sayur-sayuran kerana manfaatnya yang begitu besar . Salah satu kandungannya adalah kalsium . Satu pembentangan brokoli mengandungi kalsium sebanyak 180 mg .

Oatmeal
Selain rasanya yang enak , satu bungkus otmeal segera ternyata mempunyai kandungan kalsium sebanyak 105 mg .

Kacang Soya
Satu pinggan kacang soya mampu menghasilkan 261 mg kalsium . Dengan catatan tidak direbus dengan garam .

Kacang Almond
Kacang yang tinggi kandungan kalsium . Satu auns kacang almond menghasilkan 80 mg kalsium . Almond juga dapat membantu menurunkan gula darah tinggi dan kadar kolesterol .

Ikan Salmon
Ikan berkhasiat ini mengandungi lemak sihat dan protein . Tiga auns salmon dengan tulang mengandungi kalsium sebanyak 181 mg .

Oren
Buah ini tidak hanya mengandungi vitamin C , melainkan juga mempunyai kalsium sebanyak 60 mg .

Lobak
Satu cawan lobak rebus ternyata mengandungi kira-kira 200 mg kalsium .

Yogurt
Selain rendah lemak , 8 auns yogurt sarat dengan 415 mg kalsium . Yogurt juga dapat menyerap kalsium lebih banyak ke tubuh dibanding susu dengan jumlah yang sama .


So, macam mana kita nak kekalkan pengambilan kalsium dalm badan kita setiap hari ea? Kalau aku, aku memang tak boleh nak telan susu.. Takkan la nak makan semua makanan tu sampai cukup kalsium sehari.. Then takkan nak repeat hari2 kan? So aku amik supplement.. Dan semestinya produk Shaklee jadi pilihan hati.. Aku amik Ostematrix Shaklee..




✿ Manfaat Ostematrix Shaklee
✔ Membantu dalam pembentukan tulang dan gigi yg sihat.
✔ Mengelakkan penyakit osteoporosis ( tulang rapuh).
✔ Memulihkan kekejangan, kebas, sakit tulang belakang, dan juga simpul biawak ( bagi ibu mengandung).
✔ Meringankan stress dan mengelakkan gejala mudah meradang serta murung.
✔ Menstabilkan tekanan darah bagi memastikan tekanan darah berada pada tahap yg normal.
✔ Meringankan sakit ketika haid. kelancaran saraf dan pengecutan otot memerlukan kalsium yg mencukupi. dgn kalsium yg cukup, wanita tidak mudah senggugut.
✔ Membantu kekal bertenaga dan bersemangat walaupun ketika sibuk dgn urusan seharian terutama bagi mereka yg bekerja.
✔ Membantu masalah gastrik.
✔ Membantu dalam pengurusan badan.
✔ Membantu dalam mengatasi masalam sembelit.

✿ Siapa yg perlukan Ostematrix Shaklee ni?
✔ Mereka yg kurang mendapat kalsium dari pemakanan seharian.
✔ Mereka yg mengambil berat tentang pembinaan tulang dan mengekalkan tulang yg sihat utk jangka masa panjang.
✔ Mereka yg merokok, mengambil alkohol, atau kerap minum minuman ringan, tabiat gaya hidup yg boleh mengehadkan atau mengganggu penyerapan kalsium.
✔ Wanita yg berumur 30 tahun dan ke atas, remaja serta warga tua.
✔ Ibu hamil dan ibu yg menyusukan anak amat memerlukan jumlah kalsium yg mencukupi.
✔ Wanita yg mengalami gejala PMS.
✔ Mereka yg mengambil berat tentang tekanan darah yg normal.
✔ Individu yg mengalami masalah sakit lutut, pinggang dan juga sendi.
✔ Individu yg sering alami kebas-kebas kaki dan tangan terutama di malam hari.
✔ Individu yg sukar menelan kalsium dalam bentuk lain.

Anda bila lagi mahu berubah?Dengan Ostematrix, kalsium anda dijamin dapat diserap dengan lebih sempurna dengan bantuan Magnesium dan Vitamin D... jika sumber kalsium lain, belum tentu ianya dapat diserap dengan sempurna kerana anda perlu memastikan diet harian anda juga dilengkapi Magnesium dan Vitamin D....
Jika korang berminat, boleh je dapatkan Ostematrix ni dari aku dengan harga special lagi tau! Hehehehe.. :)

Call/Sms/Whatsapp : 0127490644
Fb : Qila Adol
Email : babyqila91@gmail.com